Air tangan seorang isteri... (^_^)

Actually sangat seronok jadi seorang suri rumah tangga... Hari2 boleh masak & hari2 jugak suami akan balik  rumah untuk makan makanan hasil tangan isteri kesayangan dia... hihihi.. Saya dalam kategori bertuah jugaklah sebab my dear jenis yang setiap kali lunch akan balik makan dekat rumah & jenis yang tak suka sangat makan dekat luar.. tapi sekali sekala pergi jugak keluar makan.. boring jugak saya, asyik makan masakan sendiri je.. hehehhe


Hari ni saya masak nasi ayam.. khas untuk my dear.. (",)


Sebelum pergi solat Jumaat kami dah makan.. hihii.. Maklumlah, hari ni my dear cuti... Yela, kami duk kat negeri Kedah la katakan... (",).. Beria tak ayam yang saya goreng ni.. siap letak hiasan salad.. poyo je gaya... hahhaha


Tomato yang jadi fav saya & timun fav alisha... 


Kuah sup, kuah kicap & sambal nasi ayam.. (",)


Inilah juadah kami hari ni... Siap je masak terus makan.. hehheh.. Air tangan seorang isteri @ seorang ibu, jika dimasak dengan penuh kasih sayang & penuh keikhlasan... pasti akan menjadi sedap.. walaupun hanya sekadar ikan goreng... (",).. Masakan isteri mampu menambat hati suami... hihii.. 

Moga air tangan saya sentiasa memikat 'perut' suami.. muahahah... Tiba2 rasa nak wish pulak.. "Dear, moga perkahwinan kita ni akan kekal hingga akhir hayat & semoga kasih sayang kita sekeluarga akan kekal hingga ke syurga..." (^_^)

UPDATE : RESEPI NASI AYAM

Ayam + air + 4 sekawan + halia + bawang besar + bawang putih + garam = REBUS

AYAM : Ambik ayam yang dah direbus digaul dengan kicap manis & perap lepas tu goreng... Ohya, lebihan kicap dalam hasil perapan ayam ni... boleh diambil jugak dijadikan kuah kicap.. macam dalam gambar tu yer (",)

SAMBAL NASI AYAM : Tomato + cili besar + cili padi + gula + air rebusan ayam = di kisar... lepas tu dimasak untuk jadi lebih pekat & lepas tu boleh dicampur dengan air limau nipis or kasturi

KUAH : Ambik air rebusan ayam tadi.. jika ada daun sup ke, bawang goreng ke, daun bawang ke.. boleh je tabur (",)

NASI AYAM : Beras yang dah dicuci + air rebusan ayam & masukkan sekali semua bahan yang masa rebus tadi... maksud saya, 4 sekawan, bawang & halia  + daun pandan + marjerin jika ada & sedikit pewarna kuning.... sikit je tau (^_^)

P/s : Saya akan jenguk u all slow2 yer... maklumlah my dear ada dekat rumah, so, terpaksa berkongsi broadband.. hihi



{ 52 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown September 28, 2012
best jadi housewife kan..boleh masak untuk suami..

suami saya pun jenis tak suka sangat makan luar.tapi ada masa bila balik da penat nak masak pun tak larat. terpaksa jugak import dari luar..
Mrs Velentine Mrs Velentine September 28, 2012
amin...sedap nak sikit boleh...hehehe
- AZIE - - AZIE - September 28, 2012
nmpk sedap dan menyelerakan, wpun tgh kenyang lagi nie..kdg2 tingin jgk nak wat nasi ayam, tp hubby xsuka nasi ayam..
Amy Hilmirda Daud Amy Hilmirda Daud September 28, 2012
Nampak sedap ayam tu... dah macam kat kedai pulak...
Semoga kekal bahagia selamanya.
Noor Atikah Ramli Noor Atikah Ramli September 28, 2012
feveret ika nie ! hukhuk
nak jugak ! ^^
Cikgu Ma Cikgu Ma September 28, 2012
amboi...sedapnya...pengikat kasih suami =)
Masya Masya September 28, 2012
wahh sedappnya.. nasi ayam special ni... air tgn isteri...
Puan Surina Rashid Puan Surina Rashid September 28, 2012
its look delicious... yummehhh
mujagirl92 mujagirl92 September 28, 2012
wah,, isteri mithali,,, tapi,, takut la kan jadi isteri ni,, tambah2 yang tak pandai masak,, mcam orang yang comment ni la,, hehe
Madam iEeDaZ Madam iEeDaZ September 28, 2012
sedapp tu nasi ayam...nak la sket..hehe
Nora Karim Nora Karim September 28, 2012
wah... sedap nampak nasi ayam tu... hehehe...
Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P September 28, 2012
sedap nampak nya..letaklah resipi sekali kak
Unknown Unknown September 28, 2012
memang betul tu intan, dulu masa akak kerja abang kerja di melaka akak di seremban tapi dia akan balik walau selewat mana pun akak akan masak, walaupun kami hanya makan nasi goreng dgn telur goreng sahaja, sekarang selepas kami sama2 berniaga lagi senang akak akan masak belah petang, tapi sekali sekala akak makan luar juga..

Miss N™ Miss N™ September 28, 2012
wah..sedapnya menu alisha hari ni..!
bersinar2 ayam goreng akak..terliur nur tgk tau..
nazayiena nazayiena September 28, 2012
Sedapnya nasi ayam masak sendiri....
Riena Haiqal Riena Haiqal September 28, 2012
wah bestnya jadi surirumah sepenuh masa.. macam kitorang ni terpaksa bekerja nak bantu suami.. hehehehehe... dapat masak utk makan malam jer.. sedapnya nasi ayam tu..

Amin Ya rabbal Alamin..
AnonymousAnonymous September 28, 2012
amin...bestnye masak kan suami..hihi..lapar nisa tengok masakan akak ni..sedappppp.....
AnonymousAnonymous September 28, 2012
sedap, baru je buat ari tu!
Myra Jay Myra Jay September 28, 2012
Untung Ina jadi suri rumah :)

Macam Myra dapat masak kat suami ari cuti jela, ari lain balik keje masing2 dah letih, kadang malam lepas keje nak masak tapi asben tak bagi. Katanya tak yah susah2 beli je kat luar, nak masak setakat nak makan malam berdua je membazir ;)
Mimie Mimie September 28, 2012
sedapnye.....nak sikit...
Fiza Rahman Fiza Rahman September 28, 2012
Amin ...insya'allah.

Saya tak pernah buat lagi nasi ayam. Nnt nak try lah.
kurus kurus September 28, 2012
alhamdulillahh
memang seronok
nak2 kalau kita masak org suke
kalau akk x kerja
mauuu bertambah2 kg akk ekekek
sama naik dgn apa yg kita masak ekek ;)
SHAHFIEQ DANIEL SHAHFIEQ DANIEL September 28, 2012
nasi ayam ni simple je kan. tapi bawu dy boleh buat kita batal puasa.hahaha
Puan Kutu Puan Kutu September 28, 2012
aiman tgok pic nasik ayam n kata, nasik ayam ke tu?nak..nak..haha

air tgn seorang isteri n ibu mmg tiada tandingannya.muni wpun keje mmg hari2 msk utk en suami.klu keje pg,awal pg sebelum subuh dh bgun msk tau.kehkeh
aziazib aziazib September 28, 2012
terliur tengok makanantu.. xletak resepi ker...

kengkadang sy buntu jugak nak masak apa tiap2 hari...
CtAyue CtAyue September 28, 2012
terliur tgk nasi ayam ni dan rasa nak buat jugak jer..hehehe.. :)
Unknown Unknown September 28, 2012
bestnya nasi ayam! nyum2.. lagi best jadi housewife kan jaga makan minum sesi keluarga... kalau jijah dah ada rumah kelak/ duduk sebumbung dengan suami InsyaAllah jijah akan rajin memasak even tak pandai masak sgt..hehehe
Unknown Unknown September 28, 2012
bestnya nasi ayam! nyum2.. lagi best jadi housewife kan jaga makan minum sesi keluarga... kalau jijah dah ada rumah kelak/ duduk sebumbung dengan suami InsyaAllah jijah akan rajin memasak even tak pandai masak sgt..hehehe
mama aryan mama aryan September 28, 2012
akak ni walapon bekerja,tp bila blk tetap akan cuba memasak walapon yg simple2,nasib la en.azmi tu x memilih,melainkan kalu dia teringin nak makan apa2 baru dia ckp suruh akak masakkan..

sedap nampak nasi ayam tu..
Unknown Unknown September 28, 2012
Sedapnyaaaaaa. Mesti best jadi surirumah,kan.. Hee
haryati haryati September 28, 2012
sedapnya ina masak...

seronok kan dapat masak tuk suami setiap hari, dan seronok jugak bila suami kenyang makan hasil drpd masakan seorang isteri...
Shida Radzuan Shida Radzuan September 28, 2012
shida setuju kak..itu saja nk pikat hati slen cara2 lain hehee :)
ecadwinkyasha ecadwinkyasha September 29, 2012
teringin pula nak masak untuk suami..eh eh,suami pun xde lagi :P
Si Matatajam Si Matatajam September 29, 2012
Mmg berkat keihklasan air tangan seorang isteri tu mampu menambat hati seorang suami... My hubby pun suka kl M yg masak dr makan kat luaq..
eita eita September 29, 2012
pandai nye masak nasi ayam..
memang makan menambah lah ni
Nida Mohd Nida Mohd September 29, 2012
terliur lah..dah lama jgk tak msk nasi ayam..
NoEn NoEn September 29, 2012
w/pun sy jarang masak tp hubby ckp sy masak sedap...haha w/pun goreng sayur jer...amik ati le tu
Nurul Husna Mohd Hassan Nurul Husna Mohd Hassan September 29, 2012
menyelerakan.. bila turn saya nak masak untuk suami ni? hehe
ayut ayut October 01, 2012
tetibe trase entry ni mcm sweet2x gitu...hahahaha..tp btul kak ina..mskan istri/ibu tu..takde bandingan lah sng cite ;)
Wanieys a.k.a IbuQalief Wanieys a.k.a IbuQalief October 01, 2012
nasi ayam sedapnyerrr....kak ina ayam tu perap dgn bahan apa2 x
QasehnyaRania QasehnyaRania October 01, 2012
dah lama tak masak nasi ayam..
duk berdua, kadang2 dah buntu nk masak apa..

hari tu tgk kat entri waniey..
tak leh jadi ni..kene usahakan sesuatu..hehe
ecadwinkyasha ecadwinkyasha October 01, 2012
lbh kurg je resepi kita kak eh.. :)
Cik Rose Cik Rose October 01, 2012
Rajinnya masak :)
betul tu, kalu kita ikhlas, sesimple mana pun masakan tu, ia tetap yg terbaik :)
sal ya sal ya October 02, 2012
betul tu. husben akak pun cakap air tangan isteri tu yang terbaik walaupun masak ikan goreng je.
Cikrosecute Cikrosecute October 02, 2012
emmmm sedap...dah lama cr tak buat nsi ayam....resepi yg simple....
mummyrinazone beauty mummyrinazone beauty October 02, 2012
shedap nasik ayam.kalau buat mmg weekendjerlah jawabnyer..suka tgk ayam2 mcm sedap bonar..tg bg resipi lagi sedap roti sosej keju..nnt kalau sempat nak buat sarapan esok pg.hehe

daun sup n daun bawang mmg item wajib.nurul suka letak kalau masak.bau wangi=)
syiela syiela October 02, 2012
nak buat juga akak terliur ni :)
Nisa Greennnpanda Nisa Greennnpanda October 10, 2012
lawa je Ina hidangkn.. igtkn mule2 td mkn kat restoran, hihi~..
9n0L4 9n0L4 October 22, 2012
mcm best je resepi ni. nak cube lah kalau ade mase. hee. :)